Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Selasa, Disember 31, 2019

Selamat Tahun Baharu 2020

Sejahtera.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya saya ini hanyalah HambaMu Ya Allah yang sangat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menemui tahun 2020.

Tiada apa yang saya harapkan selain diberikan ruang dan kesempatan untuk terus berbakti kepada kedua orang tua. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan buat mak dan ayah. Juga untuk adik-beradik semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan hidup dalam keberkatan.

Selamat Tahun Baharu 2020 semoga Allah berkati hidup kita.

ILLF - Lakukan yang terbaik selebihnya serahkan pada Allah