kebetulan malam rabu pukul 9 memang tak pernah ada cerita-cerita "best" di TV (saluran2 biasa) jadi aku pun teringin nak tahu cerita apa yang sedang disiarkan di saluran KBS World (391)...Man From The Equator...hmmm, tajuk pun nampak best, mesti drama yang penuh "drama", rasanya... Pendek cerita, kali terakhir aku ikut drama korea di KBS ni waktu cerita "Brain" kisah tentang doktor bedah otak (cita-cita aku waktu darjah 1), jadi setelah menonton episod pertama cerita korea ni, aku rasa "terikat" untuk mengikuti kisah selanjutnya....Okay, Man From The Equator disiarkan setiap rabu dan khamis, (waktu tepat tak pasti ye) lebih kurang jam 9 malam. Pelakon cerita ini, antaranya Kim Young Cheol, dia ni pegang watak jahat penuh muslihat dalam cerita ni, kalau anda tidak tahu siapa dia ni, ingat tak cerita The Princess Man? Dia ni raja Su Yang yang naik takhta secara tidak wajar, bapa kepada watak perempuan utama....lupa dah nama dia.(Se Ryeong rasanya).. jom layan drama korea..."yeh"
****tak faham bahasa korea pun tak apa, sebab ada subtitle English, dan kalau tak faham jugak, kenalah faham sampai faham......
****tak faham bahasa korea pun tak apa, sebab ada subtitle English, dan kalau tak faham jugak, kenalah faham sampai faham......