Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Isnin, Mac 04, 2013

Demi Negara Tercinta....Seruan Semangat.

Inilah barisan kita yang ikhlas berjuang,
Siap sedia berkorban untuk Ibu Pertiwi
Sebelum kita berjaya jangan harap kami pulang,
Inilah sumpah Pendekar kita menuju medan bakti.

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara,
Kami Pohon doa, Malaysia berjaya.

Semboyan telah berbunyi,
Menuju medan bakti.....

Salam.

Aku mulakan entry terbaru bulan Mac ini dengan petikan lirik dari lagu semangat "Inilah Barisan Kita" yang sering kali didengarkan ketika perlawanan bolasepak melibatkan skuad Harimau Malaya (mahupun Selangor, aku penyokong kuat selangor ni!).. Beberapa hari yang lalu Malaysia khususnya di Sabah, Lahad Datu telah berlaku PENCEROBOHAN daripada PENGGANAS yang aku sendiri tak nak bagitau mana asal usul mereka, sebab bagi aku mereka ini manusia yang biadap, tidak menghormati kebebesan dan kedaulatan negara orang..Aku berharap pihak berkuasa dan keselamatan kita akan dapat MENGHALAU semua PENCEROBOH/PENGGANAS ini keluar dari Sabah dan kalau boleh campak kan saja ke LAUT CHINA SELATAN tu...Aku dengan penuh rasa sedih mengucapkan TAKZIAH keluarga pada anggota Keselamatan yang terkorban setakat waktu entry ini diterbitkan.  Bagi semua RAKYAT MALAYSIA, marilah kita DOAKAN keselamatan dan kejayaan anggota keselamatan negara Malaysia.

Ini tanah tumpah darahku, Jika kau PENCEROBOH ingin memiliki walau seinci tanah berdaulat kami, maka akan kami tentang kau walau dengan apa cara kerana manusia seperti kau tidak layak untuk diberikan peluang bernafas walau sesaat...

Terima kasih, wahai pembaca senyap sekalian..


Il Li Fadli : Hanya doa yang mampu ku sampaikan untuk Pejuang Negara.