Salam Sejahtera.
Ketika entry ini dihasilkan, di Kuala Lumpur, Ibu Kota negara Malaysia (dan beberapa bandar utama) sedang berlangsung perhimpunan "rakyat" oleh NGO yang menggunakan gelaran "Bersih".. Mengapa rakyat berhimpun? Bukankah perhimpunan ini berlangsung ketika negara sedang bersiap sedia menyambut perayaan ulangtahun kemerdekaan ke 58. Jawapan kepada persoalan itu ialah kerana Rakyat sudah tidak dapat menahan diri dari diperBODOHKAN oleh kepimpinan KERAJAAN yang korup dan lemah. Skandal "derma" RM 2.6 bilion tidak menemui jawapan yang konkrit..Apa yang disajikankan di media massa (arus perdana) hanyalah alasan dan alasan yang seakan dangkal dan tidak diterima akal yang logik.. Kerajaan yang lemah telah menyebabkan rakyat menjalani kehidupan dengan pelbagai bebanan dan desakan. Kerajaan yang ada hanya memikirkan untuk terus berkuasa, dan nanti bila pilihanraya semakin hampir Rakyat akan diumpan dengan pemberian BRIM yang luar biasa (yang tidak pernah dapat pun akan dapat). Maka sebelum kita sebagai Rakyat menanggung kesan akibat kelemahan Kepimpinan Kerajaan yang ada maka, Marilah kita bersama-sama turun menyertai perhimpunan rakyat ini, sebagai simbolik kita Rakyat menolak Kepimpinan yang tidak amanah, tidak jujur dan mengamalkan salah guna kuasa yang tiada sekatan.
Rakyat Bersuara demi Malaysia yang Sejahtera! #Bersih4