Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNYA saya menemui kembali Aidilfitri, bulan meraikan kemenangan untuk orang Islam selepas sebulan menunaikan ibadah Puasa. Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang mencapai Taqwa dan diterima amalan kita.
Ini adalah Aidilfitri pertama disambut tanpa Mak di sisi. Tiada lagi peluang untuk cium tangan mak, mohon keampunan dan memeluk Mak dengan penuh rasa kasih sayang.
Ya Allah, berikanlah keampunan bagi emak kami siti masriaton binti ahmad, limpahkan rahmat kepadanya, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah dia.
Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dgn air, salji dan air yang sejuk. Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran.
Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dgn air, salji dan air yang sejuk. Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran.
Aidilfitri ada waktu untuk kita melahirkan rasa syukur dan saling bermaaf-maafan. Kita juga jangan lupa memberi pada yang tidak berkemampuan. Walaupun tahun ini tiada aktiviti Ziarah Rumah ke rumah dek kerana PKP, namun itu bukan halangan untuk Silaturrahim dieratkan.
Memori dan kenangan bersama Mak ketika setiap kali sambutan Aidilfitri tidak akan dilupakan. Mak sentiasa dalam doa saya selagi saya bernafas di bumi Allah ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021. Semoga kita menjadi orang yang Bertaqwa.