Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Khamis, Mei 27, 2021

Rindu

Salam Sejahtera. 

Saya rindu pada Mak. Itulah yang saya rasakan setiap hari. Saya rindu hari-hari saya lalui bersama Mak. Saya tidak pernah terfikir suatu hari saya akan melalui hari-hari tanpa dia.

Hanya Allah yang mengetahui bagaimana perasaan saya ketika ini. Saya perlu kuatkan diri kerana Ayah juga tidak sihat bahkan telah disahkan menghidap Kanser Peti Suara tahap 1.Saya doakan kesihatan ayah, semoga dikurniakan kesembuhan.

 Ya Allah, berikanlah keampunan bagi emak kami siti masriaton binti ahmad, limpahkan rahmat kepadanya, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah dia.
Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dgn air, salji dan air yang sejuk. Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. 

Ya Allah, Masukkan emak kami Siti Masriaton Binti Ahmad serta datuk dan nenek, saudara-mara dan kaum kerabat serta ahli kubur muslimin dan muslimat ke dalam syurga dan lindungilah mereka daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan mereka dari azab neraka.


illifadli - Semoga dipertemukan di "sana".